" Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah S.W.T yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat." (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997).
" Falsafah pendidikan Islam bertujuan untuk menyediakan manusia dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang cukup agar dia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, mengetahui cara menjalankan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah agar menjadi insan yang soleh (berteraskan roh Islam). Dengan kata lain, falsafah pendidikan Islam merangkumi aspek-aspek seperti matlamat, kandungan dan dasar pendidikan Islam." (Al-Syaibani, 1979).
Sudahkah anda faham tentang falsafah pendidikan Islam? Jika masih kabur, mari kita mendalami pandangan para intelektual Islam pada zaman keagungan empayar Islam. Tahukah anda bahawa mereka juga telah banyak memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan dunia barat?
Jom kita kenali tokoh-tokoh intelektual Islam dengan lebih mendalam dan mengkaji riwayat hidup serta sumbangan mereka........
Ibnu Rushd (520 - 595)
Beliau lebih dikenali dengan nama "Averroes" di Barat. Dilahirkan ketika umat Kristian di Eropah sedang berada dalam serba kegelapan dan kejahilan di abad-abad pertengahan (middle ages). Marilah kita dalami riwayat hidup dan sumbangan tokoh kita ini. Layari lah, http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibnu_Rushd
Al-Ghazali (1058 - 1111)
Beliau terkenal dalam sejarah Islam sebagai seorang ahli falsafah, ahli teologi dan ahli juri yang disegani. Beliau juga digelar "Algazel". Fikiran beliau tidak luntur dengan peredaran zaman. Sebaliknya, sentiasa bernas dan hidup segar bersama-sama pengaruh beliau yang kuat dalam bidang falsafah hingga ke hari ini. Ketahui riwayat hidup dan sumbangan Al-Ghazali melalui..... http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Hamid_Al-Ghazali
Ibnu Khaldun (1332 - 1406 Hijrah)
Ibnu Khaldun ialah seorang tokoh falsafah, sejarah dan sosiologi yang terkenal dalam sejarah dunia Islam. Pemikiran dan karya beliau amat penting dalam membantu kita dalam proses memahami tamadun dunia kita. Mari kita berkenalan dengan penulis Prolegomena ini........ http://www.muslimphilosophy.com/ik/klf.htm
Al-Farabi (870 - 950 AD)
Al-Farabi terkenal sebagai seorang tokoh Islam yang banyak menyumbangkan pemikiran beliau dalam bidang sains, falsafah, logik, sosiologi, perubatan, matematik dan muzik. Beliau juga merupakan seorang Neoplatonist yang menggabungkan pemikiran Plato dan Aristotle dengan teologi. Layari website ini untuk mengenali beliau dengan lebih mendalam....... http://www.iranchamber.com/personalities/farabi/farabi.php